Search This Blog

Wednesday 27 June 2012






CERITA......mengingatkan saya pd arwah.....:'(
rindukan awak...awak yg faham sy...
kan bagus kalau sy ikut awak dulu...
xda lah sy sakit2 macam ni kan.....
moga tenang kau di sana...Al-Fatihah.......
saya akan selalu ingat pesan awak....
walaupun awak bkn selamanya utk sy.....
tp awak milik tuhan selamanya..kankan.....:')

Friday 20 April 2012

..hakikat pernikahan..

(¯`v´¯)¸
`•.¸.•❤•..•♥ Assalamu'alaikum wr wb ♥¸.•❤•..
♥♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna NAFSU,
... Maka pasangan akan selalu bertengkar jika…
Servis di kamar tidur tidak memuaskan..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna HARTA,
Maka pasangan bakal bubar jika bankrupt..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna KECANTIKAN,
Pasangan bakal lari jika rambut mula beruban
dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna ZURIAT,
Pasangan akan cari alasan utk pergi jika pasangan x dapat memberi anak..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna KEPERIBADIAN,
Pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna CINTA,
Hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal2 yg lebih baik ..
Tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

♥ Jika hakikat pernikahan adalah kerna IBADAH kpd ALLAH
Sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA ..

⊹⊱✿♥Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorg ibu mencintai bayinya .
Maka tak ada alasan apapun didunia yg dapat meretakkan rumah tangga
Kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH...♥

Love Letter From Heaven
Cinta Rasulullah SAW:"Sampaikan Daripadaku Walaupun Sepotong Ayat".


Wednesday 18 April 2012

10 petanda dia adalah jodoh kita..:)

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday 14 March 2012

CCPP..

.COCOA COLLAGEN POWER PLUS..
kembalikan keremajaan wanita..
produk terbaru & paling murah yg mampu mngembalikan keremajaan wanita serta membantu menjaga kehebatan wanita dr luar & dalaman.

pengambilan CCPP tidak akan menggemukkan badan.
... Tips utk minum Ccpp :
utk kurangkan berat badan-minum sblm sarapan
utk tambahkan berat badan-minum slps sarapan

Khasiat CCPP :
-Keseimbangan berat badan
-melambatkan proses penuaan
-meningkatkan keintiman suami isteri
-memperbanyakkan air susu bg ibu2 yg menyusu.
-membantu mengecutkan rahim
-mengecilkan bhagian paha yg besar
-mencerahkan kulit dr dalam
-mengurangkan parut jerawat
-memberi tenaga / sesuai utk individu yg kerja atau berjaga malam.
-merawat tumit kaki yg pecah
-kurangkan keguguran rambut
-menegangkan pinggul & payudara.
* ibu2 selepas bersalin amat digalakkan mengambil ccpp.
* lelaki & wanita mngandung dilarang sama skal


Khasiat CCPP bagi anak dara:-
*Whole Body bertambah kemas/menarik/reshape
*Yang peha besar --> CCPP reshape size peha bertambah menarik
*Kulit cerah dari dalam
*Kulit mulus, gebu
... *Jerawat less
*Parut jerawat insyaallah hilang
*Less jeragat
*Tenaga/ tak letih/ tak mengantuk
*Celahan pelipat (peha, ketiak, siku) semakin cerah
*Tumit pecah2 bertambah licin
*Less rambut gugur
*Naik seri pengantin ...
*Body menggeleber lepas kurus ... push up balik
*Masalah resdung berkurangan .. leh sebat macam2...
*Hormon stabil
*Perjalanan darah lancar
*If high water retention .. leh turun kg
*Seimbang berat badan
*Mengenyangkan
*Kencing lawas
*Lebam bawah mata less
*Muka glowing ..
*Hilang lenguh2 sendi
*Lancar penghadaman
*Merangsang pertumbuhan sel baru/antikedut
*Memontokkan dan menegangkan punggung dan payudara
*Melambatkan Proses Penuaan
See More

Wednesday 29 February 2012

tHinK.....

Kata Orang..Kalau Kita Lepaskan Sesuatu Yang Kita Sayang..Jika Dia Kembali Kepada Kita..Maknanya Memang Ia Jodoh kita..tetapi Jika Tidak..maknanya Ada lagi Yang Lebih Baik Di Luar Sana Untuk Kita. Harus Di Ingat Bahawa kita TIdak Bersendiri Di Ciptakan Di Dunia Ini Kerana Setiap Kita Ini Tuhan Ciptakan Berpasangan.. ^_^

Thursday 2 February 2012

tips memujuk lelaki..

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku.
Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan.
Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya.
Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda menggembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. :)
sweet kan????triNgat kt someoNe tuhh...!haHa(gedix pLak)